AHLI KUMPULAN
Kami merupakan pelajar-pelajar dari Kumpulan V (Group 3) dalam subjek Falsafah dan Dasar : Perkembangan Pendidikan Di Malaysia (KPF3012) semesta 1 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Terdapat 4 orang ahli seperti yang dinyatakan pada rajah di atas.
Di dalam blog ini, kami akan membincangkan salah satu tajuk dari kandungan KPF3012 iaitu Asas Falsafah dalam Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Terdapat 4 topik yang dibincangkan oleh setiap ahli di dalam kumpulan ini.
Antara perkara yang dibincangkan adalah sedikit sebanyak tentang penggubalan dan pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK mengambil asas dari Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Barat. Falsafah Pendidikan Barat adalah aliran perenialisme, progresivisme, esensialisme dan rekonstruksionisme. Gabungan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Barat ini menyebabkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan digolongkan sebagai Falsafah Eklektisisme atau Eklektik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, beakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmohian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Comments
Post a Comment