Pengaruh Cabang Falsafah Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia


Rajah 1: Falsafah: Cabang dan Unsur.


Falsafah merupakan bidang ilmu yang berfungsi bagi menyelesaikan persoalan yang berbeza berdasarkan cabang-cabang falsafah. Falsafah mempunyai empat cabang yang berbeza tetapi saling berkaitan. Cabang tersebut adalah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Empat cabang ini telah memberikan pengaruh terhadap pendidikan di Malaysia. 


Rajah 2: Falsafah: Cabang, Persoalan dan Penyelesaian.


    Cabang Metafizik adalah cabang yang membincangkan perkara khusus berkaitan dengan persoalan realiti, kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan. Cabang ini meliputi hakikat kesejagatan (kosmologi), hakikat ketuhanan (theology) dan hakikat manusia dan alam (ontologi).Cabang ini memerlukan ketajaman fikiran manusia membuat perenungan bagi merealisasikan ssuatu yang berada di sebalik fizik yang ada. 

Dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), ia memberi penekanan terhadap aspek realiti, ketuhanan dan kesejagatan kearah keharhomian dan kerohanian. Melalui unsur ini, persoalan yang didapati adalah seperti 'Bagaimanakah pandangan guru terhadap pengetahuan yang mempengaruhi apa yang sepatutnya diajar?', 'Bagaimanakah guru harus menyusunatur bilik darjah?' dan 'Patutkah semua manusia mendapat kemudahan yang sama dalam pendidikan?'. 



    Seterusnya cabang Epistomologi. Secara umumnya ia membincangkan persoalan ilmu dan pengetahuan dari aspek perolehan, jenis, sumber dan kesahannya. Malahan, ia juga menghuraikan tentang manusia sebagai makhluk berakal menggunakan pengetahuan yang dilihat dari pelbagai sudut yang mencakupi agama, sains atau falsafah untuk mentadbir bumi ini. 

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pula ia merangkumi perolehan pengetahuan, keilmuan dan keterampilan untuk kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan manusia dimana ia menunjukkan bahawa FPK menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan warganegara Malaysia. Persoalan falsafah dalam pendidikan adalah contohnya 'Patutkah guru memberi kuliah, menyoal, memberikan pengalaman, atau menggalakkan aktiviti-aktiviti untuk membolehkan pelajar-pelajar belajar?' atau ' Bagaimanakah para saintis mengaplikasikan sains?'.



    Cabang Aksiologi pula membinvangkan secara khusus mengenai persoalan nilai yang terdiri dari etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Dalam kehidupan manusia, etika dan estetika bergabung untuk membentuk keharmonian.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan cabang ini menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam pembangunan seseorang individu. Sebagai contoh persoalannya adalah 'Adakah para pelajar ini dasarnya baik atau jahat?, atau 'Bagaimanakah guru patut melayan pelajar dan rakan gurunya?' dan 'Apakah nilai-nilai yang patut diajar di dalam membina perwatakan para pelajar?' atau 'Apakah kepentingan seni dan pendidikan muzik di sekolah?'.

1. Etika ialah tatalaku manusia dalam kehidupannya yang dikatakan perlakuan baik dan tidak baik. Terdapat etika didokumenkan yang membentuk peraturan dan undang-undang. Terdapat juga etika yang tidak didokumenkan iaitu berupa pantang larang atau taboo kepada sesebuah masyarakat. 
Dalam FPK pula ialah nilai yang melibatkan tingkah laku dan moral seseorang individu  yang membenarkan pembangunan individu dibina kearah lebih lebih maju dan baik. Ini memberikan pengarus dalam sistem pendidikan yang cuba menerapkan nilai positif dalam kalangan individu agar melahirkan insan yang mempunyai akhlak baik dan jati diri yang positif.
2. Estetika pula meletakkan nilai keindahan atau kecantikan terhadap sesuatu yang ditanggap oleh panca indera manusia.
Nilai estetika dalam FPK melibatkan kesenian atau kecantikan seseorang individu yang mempunyai sahsiah seimbang dari segala aspek. 


    Cabang yang terakhir adalah Logik yang membincangkan tentang persoalan untuk membuat keputusan atau rumusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan. Terdapat dua jenis logik dibabitkan iaitu logik induktif dan logik deduktif.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa logik bersifat rasional kerana matlamat  pendidikan mampu direalisasikan oleh semua pihak dalam bidang pendidikan selagi mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Cabang ini sangat berkait dengan cabang-cabang yang lain kerana ia berlandaskan kepada bidang logikal. Antara persoalan pendidikan yang didapati adalah 'Patutkah guru menggunakan pentaakulan deduktif atau induktif dalam pengajarannya?' atau 'Bagaimana guru boleh memahami apa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah merupakan pentaakulan?'.

1. Logik induktif ialah suatu keputusan atau rumusan yang diangkat dari pernyataan yang bermula dari sesuatu bersifat khusus dan berakhir dengan umum.
2. Logik deduktif pula suatu keputusan atau rumusan yang diangkat dari  pernyataan yang bermula dari sesuatu bersifat umum dan berakhir dengan yang khusus.



Rajah 3: Cabang Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Disediakan oleh,

Muhammad Aiman Bin Abdul Shukor.
D20211098876.








        

Comments