FALSAFAH EKLEKTIK
Falsafah Eklektik merupakan gabungan atau panduan dari
pelbagai sumber dan falsafah yang dipilih atau falsafah Pendidikan yang tercipta
dari pelbagai sumber.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
MANFAAT PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK
Manfaat pelaksanaan Falsafah Eklektik dalam perkembangan
Pendidikan di Malaysia adalah melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Manfaat yang pertama adalah kepada masyarakat dan pendidikan. Falsafah Eklektik
menjadikan pendidikan suatu usaha yang berterusan kerana falsafah eklektik
membantu pemebentukan FPK unutk memupuk pendidikan yang berkualiti sepanjang
hayat. Pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat harmoni,sejahtera dan
makmur. Serta membentuk pendidikan yang menyumbang ke arah kemakmuran negara.
Manfaat kedua adalah manfaat kepada orientasi ilmu iaitu
membentuk pendidikan yang menyeluruh, bersepadu dan seimbang dengan memberi
penekanan kepada standard kurikulum, standard pembelajaran dan standard prestasi.
Seterusnya akan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi
dan jasmani seperti yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Manfaat seterusnya adalah adalah manfaat kepada
pemebelajaran murid iaitu dapat mengembangkan potensi individu sepenuhya dan
mewujudkan pembelajran yang aktif. Selain itu, meneroka dan membina
pengetahuan, keterampilan dan akhla modal insan serta memupuk peranan
bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seterusnya,
dapat membina kesejahteraan diri dan bersedia untuk menjadi insan yang berjaya.
Manfaat seterusnya ialah manfaat kepada pengajaran guru,
guru mendidik secara berteusan dan sekaligus mengembangkan pottensi murid murid
secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasamani. Guru juga berperanan sebagai ‘role model’ seperti dalam Falsafah
Pendidikan Islam yang mengamalkan pengajran berpusatkan guru. Manfaat terakhir
ialah dapat mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan warga negara yang berilmu
pengetahuan, berkakhlak dan bertanggunngjawab serta dapat mmebri
sumbangan kepada keharmonian keluarga ,masyarakat dan negara. Seterusnya, dapat
melahirkan insan yang berpaksikan kepercayaan kepada tuhan.
CABARAN PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA.
Antara cabarannya ialah dari aspek keseimbangan
dan harmoni. Seimbang merujuk kepada moral manakala harmoni bermaksud akhlak.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, akhlak dan moral perlu dibina
menerusi penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum.Malangnya, strategi
nilai-nilai murni telah diabai dan dilupakan. Akibatnya, moral dan akhlak
murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah hari ini semakin merosot dan rosak.
Segala input yang menjadi objektif utama setiap kurikulum di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tidak diamati sepenuhnya akan tetapi hanya mementingkan
intelektual dan bersaing dengan orang lain.
Selanjutnya, cabaran keharmonian intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Kelihatannya seolah-olah pendidikan di Malaysia hanya memberi
penekanan kepada potensi jasmani. Dengan kata lain, pendidikan lebih
mengutamakan kepentingan perniagaan, keuntungan, teknologi dan industri. Kita
boleh lihat, pendidikan di sekolah swasta atau institut pengajian tinggi
swasta, yuran pengajian pendidikan yang tinggi umpama menjadikan matlamat
perniagaan itu lebih utama. Penekanan yang keterlaluan lebih memfokus kepada
potensi kreatif dan inovatif yang bersifat kebendaan semata-mata.
Cabaran terakhir iaitu pendidikan Malaysia mengikut acuan
Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah batu asas kepada pembangunan
pendidikan menurut acuan Malaysia. Namun, pelaksanaan dasar pendidikan sentiasa
berubah, bahkan tidak merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelantikan
Menteri-Menteri dan Pegawai-Pegawai tertinggi di kementerian pendidikan selepas
tahun 1998 sentiasa membawa agenda baru yang perlu dilaksanakan segera. Lebih malang
lagi, Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dirujuk secara jujur. Akibatnya,
dasar pendidikan bertambah kabur, kurikulum tidak mempunyai keharmonian,
matlamat pendidikan tidak mempunyai fokus dan seluruh sistem pendidikan semakin
tidak jelas.
Comments
Post a Comment