Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat (FPB) terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKN BARAT (FPB) TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN



Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi atas semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan mempunyai aliran falsafah yang tersendiri terdiri daripada essensialisme, parennialisme, progressivisme, dan eksistensialisme.

Pengaruh falsafah pendidikan barat terhadap pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan dapat dikenal pasti melalaui empat aliran tersebut:


ESSENSIALISME : Pendidikan essensialisme bersifat fleksibal di mana ia terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak terikat dengan dokterin tertentu. Ahli-ahli essensialisme mengkaji semula perkara-perkara yang akan dimasukkan ke dalam kurikulum dan membezakan program-program sekolah kepada pelajaran yang penting dan kurang penting serta membentuk authoriti guru di bilik darjah.

Sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran dibahagikan kepada teras dan elektif yang menunjukkan  mata pelajaran yang penting dan tidak penting seperti contoh pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira. Selain itu, menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja yang mahir untuk pembangunan ekonomi serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. berikut merupakan kesan daripada pengaruh kurikulum essensialisme yang mementingkan individu untuk pembangunan ekonomi negara berbanding kepentingan individu itu sendiri.



PARENNIALISME : Bertindak untuk meyelamatkan umat manusia daripada kelenyapan fungsi utama pendidikan. Perkembangan potensi rasional individu hendaklah diutamakan bagi membantu mencari prinsip mutlak dan memahami dunia yang sebenar. Maka parennialisme memandang pendidikan sebagai jalan atau proses mengembalikan kebudayaan.

Falsafah parennialisme lebih mengutamakan ekonomi negara berbanding individu itu sendiri kerana lebih memfokuskan untuk melahirkan individu mahir untuk pembangunan negara. Aliran parennialisme juga mementingkan nilai. Dengan menanam nilai-nilai dalam diri pelajar, mereka dapat menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dan kemajuan sains dan teknologi. Hal ini sekaligus dapat melahirkan rakyat yang berkualiti.



PROGRESSIVISME : Pengajaran ini menggunakan pendekatan induktif dalam mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan fenomena yang didedahkan. Pelajar bebas memilih dan membuat keputusan ke atas dirinya jika ianya dianggap baik. Kebebasan dari segi fizikal dan mental diberikan untuk mengembangkan bakat dan kemampuan yang terpendam dalam diri mereka. Mereka menggambarkan pendidikan adalah penghidupan dan bukan persediaan untuk hidup.    

Falsafah progressivisme tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia tetapi terdapat perkaitan terhadap falsafah pendidikan kebangsaan iaitu mahukan perkembangan pelajar dari segi intelek dan fizikal. Oleh itu, progressivisme memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dan pembelajaran mereka. Ianya akan meningkatkan keyakinan pelajar dan membantu pelajar untuk menghadapi cabaran di masa hadapan dari aspek fizikal atau mental. Selain itu, mementingkan operasi penyelidikan agar dapat melahirkan rakyat saintifik, progresif, dan inovatif. Hal ini akan dapat membantu dalam memperkembangkan teknologi negara.



EKSISTENSIALISME : Mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan mencari ilmu pengetahuan. Fahaman aliran falsafah eksistensialisme pendidikan yang berkesan sahaja mempunyai makna kepada individu berkenaan. Kurikulum eksistensialisme tidak tetap kerana kurikulumnya berdasarkan kepada minat pelajar itu sendiri.

Falsafah pendidikan eksistensialisme adalah mendatar dan kabur. Kebebasan secara keseluruhan tidak sesuai dilakukan di Malaysia kerana kebebasan tanpa petunjuk tidak membawa kepada matlamat pendidikan iaitu mencapai kesedaran diri. Dalam hal ini, hanya konsep yang baik dan berguna sahaja yang diambil seperti mempunyai sifat tanggungjawab kepada diri dan masyarakat. Kebebasan yang disarankan adalah kebebasan yang mempunyai petunjuk agar mendapat hala tuju yang benar.

 


Disediakan oleh,

Noor Azliana Binti Yoosanaini.
D20211098877.


Comments